Monday, December 22, 2008
Friday, November 14, 2008
Mutiara Dari Telok Menegon, Klang
Renungan mata Noor Fadilah Habil atau nama manjanya Dila asal Klang Selangor cukup mempersona. Gadis manis bermata bundar ini lahir kira-kira 25 tahun yang lalu punya minat mendalam dalam bidang nyanyian. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut Dila sering mengikuti aktiviti-aktiviti nyanyian sekitar bandar Klang mahupun Kuala Lumpur. Berketinggian sekitar 5'2'', pernah mencapai berat badan hampir 52 kilogram tetapi kini cuma tinggal 45 kilogram sahaja hasil usaha gigih bakal penyanyi ini. Dengan ukuran badan 34-25-34 dia berusaha mengekalkan bentuk badan yang sesuai dengan melakukan senaman tidak kira di mana saja meskipun ketika beliau sedang menikmati juadah makanan yang pedas-pedas kegemarannya. Gadis yang peramah dan senang diajak berbual ini sangat meminati penyanyi Fauziah Latif serta mengagumi pelakun dan model terkenal Nasha Aziz. "Saya suka Fauziah Latif kerana kelembutan wajah serta rentak lagu-lagunya sesuai dengan jiwa. Saya kerap membawakan lagu-lagu Fauziah Latif di mana-mana saja saya berpeluang menyanyi," katanya. "Nasha Aziz pula punya ciri-ciri wanita yang tabah meskipun di selubungi dengan berbagai-bagai dugaan serta cerita panas sepanjang kariernya namun dia tetap tenang mengharungi, lagi satu dia sangat cantik," ujar gadis berbintang Sagitarius ini lagi. Bercerita soal teman hidup dia yang mengaku hatinya sedang menanti insan yang benar-benar memahami jiwanya. Untuk itu Dila acapkali berhati-hati untuk menjalinkan hubungan kerana pengalaman lampau mengajarnya mengerti apa itu cinta. Dila juga berharap ditemukan seseorang yang punya personaliti, menghormati orang-orang tua serta tidak bersikap egois yang dapat membimbingnya dalam mengharungi bahtera rumahtangga.



Monday, October 27, 2008
Puisi Untuk Sang Isteri
Suami berpuisi (berlagu)...
Isteriku , jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.. Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
Isteri membalas (juga berlagu).....
Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan....akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi. Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti... Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ? atau jangan-jangan...
cuma mancis saja!!!!!
Tolong lah...!!!
Petua 'Tahan Lama'
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi pada 1 January 2009... Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa....
PAKAIAN.
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.. jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk.. Jangan bagi wap air masuk...bayar loan bulan2...sampai abis loan. gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.
ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan.rokok sendiri simpan.hehe
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!
Akhir kata.....
Cuba jangan tak cuba!
20 Perkara Perempuan Tidak Suka
![]() Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 2. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu? 3. CEMBURU BUTA Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang! 4. PANAS BARAN Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!! 5. KAKI MEROKOK Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. 6. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. 7. MENIPU Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. 8. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 9. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 10. PERASAN Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah! 11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. 12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan. 13. MATA DUITAN Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!! 14. KOMITED TERHADAP KERJAYA Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa… 15. PENGOTOR Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk....tuiii!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. 16. GELOJOH Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar? 17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. 18. TIDAK TAHU MEGHARGAI Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. 19. PUTAR BELIT Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini takmengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda. 20. SUKA KONTROL MACHO Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! |
Tuesday, September 16, 2008
Ikut Cara Lembu
Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak. Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan...
LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata : 'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'
Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut:
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '
Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata : 'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :
'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'
Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata: 'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!
Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya, " Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??
Friday, September 12, 2008
Tumpukan Perhatian
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi
tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",
katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam
mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka
dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat
jaritelunjuk.....
Sekarang.....TUMPUKAN PERHATIAN....paham!!!!!__
Tuesday, September 9, 2008
Menguap
Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. Tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap. Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu..
Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh.....huh....haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan
perbuatan menguap ini.
Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astaghfirullah. .! begitu rupanya...lalainya saya..
Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan - sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang-kadang tidak kita sedar, setidak-tidaknya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH s.a.w. dan menjauhkan fitnah syaitan....
Tahi Lalat
Bagian Badan | Firasat |
bibir atas kanan | banyak rezeki, pandai |
bibir atas kiri | ramai kawan, baik hati |
bibir bawah kanan | disegani orang, ramai yg suka |
bibir bawah kiri | pandai bicara, tak mudah kalah |
leher kanan | cerdas, jujur, berani menderita |
leher kiri | cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan |
leher di tengah | tercapai cita-cita |
biji mata kanan | suka serong dan pembohong |
biji mata kiri | pembohong tetapi baik hati |
hujung mata kanan | baik hati, sopan santun, cerdas |
hujung mata kiri | baik budi, murah rezeki |
punggung kanan | agak mengalami kesulitan |
punggung kiri | malas dan suka duduk |
betis kanan | suka berhibur, boros |
betis kiri | rajin,tidak suka menganggur |
lutut kanan | bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha |
lutt kiri | kurang kuat berusaha |
kepala sebelah kanan | terkabul cita-cita |
kepala sebelah kiri | sering menemui kesusahan |
kepala sebelah belakang | jujur, sabar dan tekun |
kening kanan | cerdas dan cekap |
kening kiri | cerdas, sopan santun |
tengah kening | keras hati, berani segala hal |
hujung mulut kanan | kecil rezeki, tak mudah kalah |
hujung mulut kiri | suka berpoya-poya |
ketiak kanan | dapat menyimpan rahsia |
ketiak kiri | jujur, banyak yang cinta |
pergelangan kaki kanan | suka berpergian (keluar rumah) |
pergelangan kaki kiri | kehendak kuat |
batang hidung | banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya |
pada hidung | banyak rezeki |
dagu bawah kanan | jujur dan baik hati |
dagu bawah kiri | bijak sana dan berbudi luhur |
kemaluan kanan atau kiri | baik, suka senggama |
di kepala kemaluan (lelaki) | bakal beristeri 2 |
tumit kanan | jujur dan banyak kawan |
tumit kiri | baik budi |
alis kanan | suka menolong, baik hati |
alis kiri | ramai yang suka |
pangkal peha kanan | kemahuan kuat |
pangkal peha kiri | suka kerja apa pun |
telapak kaki kanan | tak mudah mengeluh |
jari kaki kanan | suka menolong |
jari kaki kiri | berbudi, suka berbuat baik |
bahu kanan | cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan |
bahu kiri | suka kerja keras, banyak tanggungjawab |
buah dada kanan | baik hati, pendiam,simpan rahsia |
buah dada kiri | ramai kawan, setia pada pasangan |
lengan kanan | setia dan taat pada atasan |
lengan kiri | menepati janji dan rajin |
pipi kanan | ramai teman |
tengah-tengah pipi kanan | ramai yg suka |
tengah-tengah pipi kiri | ramai teman |
ubun-ubun | kurang jujur |
pusat | cerdas, tangkas, tekun |
pusat bahagian kanan | sejahtera dalam hidup |
pusat bahagian kiri | beroleh kemliaan |
pinggang kanan | sayang pada pasangan hidup |
pinggang kiri | disayang pasangan hidup |
dada kanan | dapat mengatasi masalah |
dada kiri | berani, jujur dan sabar |
telapak kaki kanan | tidak mudah mengeluh |
telapak kaki kiri | baik budi pekertinya |
siku tangan kanan | kuat ingin memiliki kekayaan |
siku tangan kiri | baik hati, suka menolong |
jari tangan kanan | serba beroleh keuntungan |
jari tangan kiri | serba baik bekerja |
jari telapak tangan kanan | banyak rezeki tapi boros |
jari telapak tangan kiri | banyak rezeki dan cermat |
perut bawah kanan | banyak rezeki, suka memberi maaf |
perut bawah kiri | baik hati, tenang hidupnya |
sudut mata kanan dalam | disayang suami atau isteri |
sudut mata kiri dalam | tidak mudah dilupakan pasangan |
sudut mata kanan luar | baik budi, ramai yg cinta |
pelipis kiri | murah rezeki, dpt jadi kaya |
pelipis kanan | serba berhasil dalam usaha |
kelopak mata kanan atas | baik hati, ramah, berjaya |
kelopak mata kiri atas | baik budi, ramai yg suka |
kelopak mata kanan bawah | agak malas |
kelopak mata kiri bawah | agak bodoh, kurang bijaksana |
Friday, August 8, 2008
6 Minggu 6 Bulan 6 Tahun
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang,
I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..