Tuesday, January 13, 2009

Jika VS Kalau...

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA....... ....... ..

JIKA SUAMI...

Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI .... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..

Boss Telefon........

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase. Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Adusssss... .nak kena ulang lak lagi....